First - Tahniah Syaza!

Buat julung kalinya, satu ahli Exsas06 sudah beranjak dari status bujang ke 'sudah berumahtangga'. Tahniah Syaza!

"Just a note to say how happy we are for you. Through the storms of life, may your love for one another be steadfast and strong. Wishing you joy and happiness on your wedding day. Congratulations Syaza Wani and Mohd Farid. May Allah bless you both :)"
- Fairuz Ayuni

Syaza's Wedding

5 tahun yang lalu...

Penulis ketika ini sebenarnya akan menghadapi satu lagi subjek untuk exam final semester 8. Namun entah kenapa, hati ini tergerak untuk membuka laman exsas’06, yang terletak di sidebar blog miliknya. Dan di situ, satu persatu ruangan dan halaman penulis selak dan belek. Air mata bergenang. Hati terasa sayu. Ah, banyak sungguh kenangan di alam persekolahan dulu.

5 tahun yang lalu....

Kalau tak silap, dalam bulan Ogos, 5 tahun yang lalu, kita semua tengah bertungkus lumus. Dengan trial SPM lagi, latih tubi, PRA (Pembimbing Rakan Akademik), adoiii, tension juga rasa. Latihan berlambak yang perlu disiapkan. Karangan yang panjang tu kena buat research nya lagi kat library. Ada subjek pula, tiap-tiap minggu nak buat test. Mau pecah kepala masa tu. Meja, rak buku, dan kelas pun kelihatan tunggang langgang ketika itu.

Hidup bersama selama 5 tahun, satu jangka masa yang agak lama, namun entah kenapa, terasa sekejap sahaja. Apabila dah masuk tingkatan 5, terasa seperti baru saja berada di alam tingkatan 1. Alam di mana ketika itu, masing-masing masih kebudakan sangat lagi. Ye lah, baru lepas sekolah rendah. Itulah pertama kali kita semua berjumpa dan berkenalan, dan bermula saat itulah, kita sama-sama membesar dalam kalangan dan kelompok rakan sebaya.

Tengok semula gambar-gambar yang ada dalam halaman website, penulis tersedar, banyak kenangan yang hampir dilupakan dek kesibukan belajar di alam universiti ini. Itu belum lagi dibelek gambar-gambar dan video yang tersimpan dalam CD batch kita (kredit untuk Faiq and de geng). Dan juga belum termasuk koleksi peribadi tinggalan semasa berada di SEMSAS dulu (JASA, buku nota, album gambar, majalah-majalah kecil sekolah). Mahu lebat hujan ‘air mata’ yang mengalir tu nanti.

Sudah 5 tahun kita berpisah. Adakalanya, penulis tiada kesempatan untuk keep in touch dengan kalian semua. Mungkin kerana kita semua ada komitmen masing-masing dalam menuntut ilmu di kolej atau universiti. Ada yang sudahpun memulakan praktikal atau internship. Ada juga yang sudah berkerjaya. Rata-rata kalian semua, sudah ada yang grad. Bersyukur kerana ada medium Facebook untuk kita semua terus berhubung, dan bertanya khabar.

5 tahun....

Terima kasih kerana ada bersama dalam mencipta kenangan indah, pahit, manis, suka, duka, tawa, air mata sepanjang 5 tahun kita berada di SEMSAS. Bukan mudah untuk kita berkawan dan bersahabat pada awalnya, namun ianya tidak mustahilkan. Buktinya, kita masih lagi dapat saling mengingati antara kita. Kita mungkin masih lagi dapat ingat tabiat dan kesukaan antara kita.

Titipkanlah doa ingatan tulus ikhlas sesama kita semua, sebagai pengukuh tali persahabatan yang terjalin. Jalinan yang tersimpul rapi dan kemas sedari 5 tahun itu, jangan dibiarkan longgar. Bukan mudah untuk kita membina tali persahabatan dengan macam-macam dugaan bersahabat sejak tingkatan 1 hingga 5. Hargailah ia bersama kenangan-kenangan itu semua.

Setakat ini dulu dari penulis. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan ini. Sama-sama kita mengejar barakah, dan juga maghfirah dalam bulan yang penuh keistimewaan ini. InsyaALLAH, sekiranya ada kesempatan, akan ada lagi hasil tulisan lain yang menyusul.

p/s – Tiba-tiba teringat masa berpuasa kat sekolah. Makanan kat DeMa best kan? J

 

FaHa MieZa

Meja study, Bait Qasrun Najihin.

Iskandariah Mesir.

7.05 am, 10 Ogos 2011.

http://onepieceofmind.wordpress.com

Hidup Berjasa

hidupberjasa

Dua patah perkataan ini tidak pernah lekang dari telinga kita. Kita telah diajar di sekolah menengah dahulu untuk senantiasa hidup berjasa. 'Hidup Berjasa!'. Ada pepatah Melayu, "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama ."

Namun, sedarkah kita, sejauh mana kita betul-betul mengamati maksud pepatah tersebut? Memang terdapat ramai antara kita yang banyak berbakti, secara langsung atau tidak langsung. Ramai pula yang mencari makna kehidupan serba kompleks ini dan menerokainya dari ranjau-ranjau yang berlainan. Pencarian ini akan sentiasa berterusan sepanjang sejarah manusia -tidak akan tamat.

Read more...

Livin' new life

LiFe in CaMpuS

 

 Yupp! Life is fun!. Kehidupan dekat universiti atau kampus memang berbeza sedikit dari kehidupan dekat sekolah dulu ( We love SEMSAS ^^ ). Kita lebih bebas untuk mengatur cara belajar sendiri tanpa pengawasan warden-warden yang jahat, haha! Hmm, siapa yang dah masuk universiti dan kampus, mesti dapat merasa keseronokannya.

Tapi, ada jugak yang tak suka; siapakah mereka? Mereka adalah pelajar-pelajar yang ditempatkan di sebuah tempat yang bergelar kampus, tetapi di manakah campus life mereka? Tiada! Haha! (ini aku nak cerite pasal GMI ar, huhu! )

Ok, pada mereka yang sudah memasuki universiti pilihan masing-masing, diharapkan dapat berkongsi pengalaman dengan warga ExSas06 yang lain. Supaya dapat lah kita menilai (promote) universiti masing-masing.... ^^

Read more...